penamplan Saat disnatalis SMK PATI UNUS Karangawen Jurusan Administrasi Perkantoran th 2015
Rachan
Sabtu, 26 Agustus 2017
Penjenayah siber kini menyasar peranti IoT di rumah pintar - McAfee
Menurutnya
sebaik penjenayah siber menemukan jalan masuk ke rangkaian kediaman menerusi
peranti ini, potensi menggodam secara maya tiada penghujungnya.
SINGAPURA: Penjenayah siber kini semakin kreatif dan mencari kaedah baharu dan
canggih untuk mengakses data penting, dan kini peranti Internet Segala-galanya
(IoT) di kediaman pintar menjadi sasaran terbaharu, kata McAfee, syarikat
teknologi keselamatan khusus terbesar dunia.
Dalam temu
bual dengan Bernama, Naib Presiden Pengguna, Asia Pasifik David Freer
berkata terdapat sejumlah 5.5 juta peranti IoT yang disambungkan ke rumah di
seluruh dunia setiap hari.
"Banyak peranti penghubung ini dikeluarkan dengan standard keselamatan yang rendah, dan dengan peranti ini dihubungkan kepada satu penghala (router), mewujudkan lebih banyak gerbang ke dalam rangkaian kediaman pintar, sekali gus menjadikan ia lebih mudah dikompromi," katanya.
Menurutnya sebaik penjenayah siber menemukan jalan masuk ke rangkaian kediaman menerusi peranti ini, potensi menggodam secara maya tiada penghujungnya.
"Mereka boleh mengawal seluruh rumah -
mengawal cahaya lampu rumah, mengakses kamera serta memerhatikan kehidupan
anda, menutup peranti dan paling teruk, memperoleh sebarang data peribadi yang
dihantar ke seluruh rangkaian," katanya."Banyak peranti penghubung ini dikeluarkan dengan standard keselamatan yang rendah, dan dengan peranti ini dihubungkan kepada satu penghala (router), mewujudkan lebih banyak gerbang ke dalam rangkaian kediaman pintar, sekali gus menjadikan ia lebih mudah dikompromi," katanya.
Menurutnya sebaik penjenayah siber menemukan jalan masuk ke rangkaian kediaman menerusi peranti ini, potensi menggodam secara maya tiada penghujungnya.
Memetik laporan MIMOS, pusat penyelidikan dan pembangunan Malaysia dalam teknologi maklumat dan komunikasi, McAfee berkata IoT di negara ini mempunyai potensi ekonomi bernilai RM9.5 bilion pada 2020, dan akan berkembang pesat melepasi 2020 untuk mencapai RM42.5 bilion.
Kajian oleh McAfee bagi memahami sepenuhnya amalan penggunaan kata laluan, mendedahkan lebih separuh daripada responden tidak ragu-ragu untuk berkongsi kata laluan dengan yang lain, dan hampir satu pertiga menggunakan kata laluan yang sama atau serupa bagi pelbagai akaun.
Penemuan yang mengejutkan ini menunjukkan pengguna masih tidak mengutamakan keselamatan peranti mereka, walaupun ancaman siber berpotensi menjejaskan mereka," kata Freer.
Beliau menasihati pengguna supaya melindungi peranti peribadi mereka dengan menggunakan kata laluan yang kompleks yang unik untuk setiap akaun, menggunakan pengesahan pelbagai faktor seperti perakuan cap jari, sentiasa menukar kata laluan dan menimbang menggunakan pengurus kata laluan seperti aplikasi True Key.
Tinjauan
McAfee mendapati hanya 42 peratus pengguna mengambil langkah keselamatan yang
tepat untuk melindungi alat baharu mereka.
Namun, walaupun mereka mengakui pentingnya menjaga keselamatan peranti masing-masing, 47 peratus daripadanya tidak pasti sama ada mereka telah mengambil langkah keselamatan yang betul.
-- BERNAMA
Namun, walaupun mereka mengakui pentingnya menjaga keselamatan peranti masing-masing, 47 peratus daripadanya tidak pasti sama ada mereka telah mengambil langkah keselamatan yang betul.
-- BERNAMA
Langganan:
Postingan (Atom)